Kasein

Kasein (Jawi: كاسيين) (dari bahasa Latin caseus, "keju") ialah nama untuk sebuah keluarga fosfoprotein (αS1, αS2, β, κ) yang berkaitan. Protein ini biasanya ditemui dalam susu mamalia, 80% daripada protein dalam susu lembu dan di antara 20% ke 45% protein dalam susu manusia.[1] Kasein mempunyai pelbagai kegunaannya, dari komponen utama keju, sebagai bahan penambah makanan serta bahan pengikat dalam membuat mancis keselamatan.[2] Sebagai suatu sumber makanan, ia membekalkan asid amino, karbohidrata serta dua unsur penting iaitu kalsium dan fosforus.[3]

  1. ^ Kunz, C; Lonnerdal, B (1990). "Human-milk proteins: analysis of casein and casein subunits by anion-exchange chromatography, gel electrophoresis, and specific staining methods". American Journal of Clinical Nutrition. The American Society for Clinical Nutrition. 51 (1): 37–46. PMID 1688683. Dicapai pada 14 January 2011.
  2. ^ "Industrial Casein". National Casein Company. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-12.
  3. ^ "Casein". The Columbia Electronic Encyclopedia (ed. Sixth). Columbia University. 2011.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne