Katil (Jawi: كاتيل, dari Tamil: கட்டில்[1]) atau ranjang (Jawi: رنجڠ) ialah sebahagian daripada perabot untuk orang tidur di atasnya. Perabot biasanya terdiri daripada suatu rangka baik dari kayu atau logam dipasangkan palang atau pegas sokongan agar dapat diletakkan tilam di atasnya. Suatu papan lapik juga diletakkan untuk melindungi kepala petidur.
Bukti kewujudan perabot ini dapat ditarikhkan dari penemuan lapik rumput untuk tujuan keselesaan dalam kalangan masyarakat pertengahan zaman Paleolitik 200,000 tahun dahulu di gua Broder's Cave di Kwazulu-Natal, Afrika Selatan pada Ogos 2020.[2]