Kauntertenor

Lingkungan Suara
Suara Wanita
Soprano
Mezzo-soprano
Kontralto (atau Alto)

Suara Lelaki

Kauntertenor (Alto atau Mezzo)
Tenor
Baritenor
Bariton
Bariton-bes
Bes

Kaitan

Sopranis
Kastrato

Kauntertenor merujuk kepada penyanyi lelaki dewasa yang menyanyi dalam lingkungan suara alto, mezzo-soprano atau soprano, kebiasaannya melalui penggunaan falseto (teknik pemalsuan suara), atau juga melalui suara naluri (head register). Istilah “kauntertenor” digunakan khas untuk konteks vokal tradisi muzik klasikal. Suara ini melalui perubahan dan populariti yang besar pada separuh awal kurun ke-20, melalui seorang penyanyi berbangsa Inggeris, Alfred Deller, yang memperkenalkan suara ini dalam opera era barok untuk menggantikan penyanyi kastrato. Sebelum itu, peranan-peranan tersebut dinyanyikan oleh penyanyi kastrato, namun kerana sukar untuk mencari penyanyi kastrato pada kurun ke-20, kauntertenor mula digunakan sebagai pengganti.

Walaupun penyanyi kauntertenor telah lama dianggap sebagai penyanyi yang disanjungi, namun, kauntertenor-kauntertenor moden dikata lebih cemerlang dalam opera dengan repertoir yang lebih besar.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne