Kawasan Undi Perseorangan bagi Parlimen Singapura | |
![]() | |
Wilayah | Barat daya Singapura |
Pengundi | 21,376 |
Kawasan undi semasa | |
Dibentuk | 1984 |
Kerusi | 1 |
Parti | Parti Tindakan Rakyat |
Wakil | Grace Fu Hai Yien |
Majlis Bandaran | Jurong-Clementi |
Ditubuhkan dari | SMC Boon Lay dan SMC Bt Timah[1] |
Dimansuh | 1997 |
Diserap ke | Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Bukit Timah |
Berubah semula | 2011 |
Berubah dari | Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Jurong |
Kawasan Undi Perseorangan Yuhua ialah sebuah Kawasan Undi Perseorangan (SMC) di bahagian barat daya Singapura. Mula-mula, kawasan ini lahir setelah sebahagian kawasan di dalam kawasan undi Boon Lay dan kawasan undi Bukit Timah terukir keluar pada tahun 1984.[1] Ianya kemudian dipertandingkan sehingga tahun 1997. Pada tahun 1997, ia diserap balik ke dalam Kawasan Undi Bukit Timah dan sempat diukir keluar untuk kemudian dimasukkan ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Jurong. Sejak pilihan raya umum 2011, Kawasan Undi Perseorangan Yuhua ini akhirnya dipertandingkan lagi sebagai sebuah SMC yang kemudian terus berwujud sehingga masa kini. Kini, ia merangkumi kawasan Yuhua dan sebahagian kawasan di dalam Daerah/District Jurong Gateway.