Kawasan Undi Perseorangan Bukit Timah

Bukit Timah
  • Cina:武吉知马单选区/Wǔjí Zhīmǎ Dān Xuǎnqū
    Inggeris:Bukit Timah Single Member Constituency
    Tamil:புக்கிட் தீமா தனித் தொகுதி/Pukkiṭ Tīmā Taṉit Tokuti
Kawasan Undi Perseorangan
bagi Parlimen Singapura
WilayahTengah Singapura
Pengundi25,448 (sebelum dimansuh pada 3 Mac 2006)[1]
Kawasan undi tidak beroperasi
Dibentuk1951; 74 tahun yang lalu (1951)
Dimansuh3 Mac 2006; 18 tahun yang lalu (2006-03-03)
Kerusi1
PartiParti Tindakan Rakyat
WakilWang Kai Yuen (pada Parlimen 2001-06)
Majlis BandaranAng Mo Kio
Digantikan denganKawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Holland-Bukit Timah
Ditubuhkan dariKawasan Undi Luar Bandar Barat
Dimansuh1997; 28 tahun yang lalu (1997)
Diserap keKawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Bukit Timah
Berubah ulang2001; 24 tahun yang lalu (2001)

Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Bukit Timah adalah sebuah kawasan undi yang diwakili oleh satu orang Anggota Parlimen (AP) yang terletak di tengah-tengah Singapura.

Mula-mula, salah satu kawasan undi tertua di Singapura ini berasal dari kawasan Kawasan Undi Luar Bandar Barat yang dibubarkan selepas pilihan raya umum Singapura 1948. Adapun kawasan lain yang berasal dari kawasan luar bandar ialah Kawasan Undi Seletar–bersama Kawasan Undi Bukit Timah dibentuk sebelum pilihan raya 1951–yang memiliki nasib berbeza dengan SMC Bukit Timah kerana Kawasan Seletar bubar di tahun 1959. Kawasan Undi Bukit Timah, kemudian, menjadi kawasan undi yang luas di Singapura dengan pelbagai pengecilan ukuran kawasan undi.

Untuk pilihan raya 1955, sejumlah tempat di kawasan ini dikeluarkan dan masuk ke dalam kawasan baru yang meliputi Kawasan Undi Perseorangan Bukit Panjang, Pasir Panjang, Sembawang, dan Kawasan Undi Pulau-pulau Selatan, sedangkan Kawasan Undi Perseorangan Jurong terbentuk bagi pilihan raya 1959. Selama dasawarsa 1970-an, kawasan ini hanya dipecah sekali bagi memperbesar Kawasan Undi Perseorangan Bukit Batok sebelum pilihan raya 1972.

Hingga perubahan sistem pilihan raya di tahun 1988, sejumlah kawasan ini dikeluarkan lagi dari kawasan ini lalu digabung ke dalam kawasan SMC Ayer Rajah, SMC Clementi, dan SMC Pantai Barat di tahun 1980; serta SMC Yuhua dan SMC Hong Kah di tahun 1984. Di tahun 1988, kawasan ini, bersama-sama dengan belasan kawasan lain, diberi nama Kawasan Undi Perseorangan.

Pada dekad 1990-an dan 2000-an, kawasan ini berganti bentuk beberapa kali. Di tahun 1997, kawasan ini berubah status menjadi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Bukit Timah bersama-sama dengan SMC Jurong, SMC Ulu Pandan, dan SMC Yuhua. Di tahun 2001, GRC Bukit Timah dimansuh sehingga SMC Bukit Timah muncul semula sebelum akhirnya diserap ke dalam GRC Holland-Bukit Timah.

  1. ^ "Annex A". The Report of the Electoral Boundaries Review Committee, 2006 [Laporan pada Jawatankuasa Semakan Kawasan Undi, 2006] (PDF). Arkib Negara Singapura (Laporan) (dalam bahasa (Inggeris)). 3 Mac 2006. m/s. 4. Dicapai pada 23 Januari 2023.CS1 maint: unrecognized language (link)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne