Kawasan Undi Perseorangan bagi Parlimen Singapura | |
![]() | |
Wilayah | Timur Singapura |
Pengundi | 28,564 |
Kawasan undi semasa | |
Dibentuk | 1968 |
Kerusi | 1 |
Parti | Parti Tindakan Rakyat |
Wakil | Tin Pei Ling |
Majlis Bandaran | Marine Parade |
Ditubuhkan dari | Kawasan Undi Perseorangan Aljunied[1] |
Dimansuh | 1991, 2011 |
Diserap ke | Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Marine Parade |
Berubah semula | 1997, 2015 |
Berubah dari | GRC Marine Parade |
Kawasan Undi Perseorangan MacPherson ialah sebuah Kawasan Undi Perseorangan (SMC) di bahagian tenggara Singapura. SMC MacPherson pada awalnya wujud dari 1968 ke 1991. Ia kemudiannya diserap ke dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Marine Parade), dan dari 1997 ke 2011. Kemudiannya, ia diserap lagi ke dalam GRC Marine Parade. Pada tahun 2015, kawasan MacPherson diukir keluar lagi dan dijadikan sebuah SMC bagi pilihan raya umum 2015.
SMC MacPherson merangkumi bahagian-bahagian MacPherson dan beberapa kawasan berdekatan dengan MacPherson. Mula-mula, MacPherson dibentuk dengan mengukir keluar sebahagian kawasan yang masuk ke dalam Kawasan Undi Perseorangan Aljunied.[1] Kemudian, ia melingkupi kawasan-kawasan yang berada di sekitar Jalan Circuit/Pipit, Pusat Geylang Timur, Avenue/Lengkok Aljunied 2, Jalan Mattar/Merpati, Stesen Perhentian MRT Paya Lebar, Paya Lebar Square, dan sebagainya. Penyandang Anggota Parlimennya ialah Tin Pei Ling.