Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan bagi Parlimen Singapura | |
![]() | |
Wilayah | Tenggara Singapura |
Pengundi | 139,738 |
Kawasan undi semasa | |
Dibentuk | 1988 |
Bilangan wakil | 5 |
Parti | Parti Tindakan Rakyat |
Wakil | |
Majlis Bandaran | Marine Parade |
Ditubuhkan dari |
Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan Marine Parade ialah sebuah Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) yang beranggotakan lima Ahli Parlimen (AP) di bahagian tenggara negara Singapura. Kawasan undi ini merangkumi sebahagian kawasan yang berada di sekitaran Bedok, Chai Chee, Geylang, Kaki Bukit, Kallang, Kembangan, Marine Parade, Mountbatten, Ubi, Serangoon serta Hougang.
GRC Marine Parade telah dipimpin bekas Perdana Menteri Goh Chok Tong sejak 1988 sehingga bersara di tahun 2020. Ia dipimpin oleh Tuan Speaker Tan Chuan Jin bersama dengan Menteri Edwin Charles Tong Chun Fai setelah pilihan raya umum Singapura 2020.