Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Kawasan tersuci dalam Islam ada tiga iaitu Kaabah dalam Masjid al-Haram di Mekah yang dikira sebagai tempat paling suci, diikuti Masjid Nabawi di Madinah, dan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis. Ketiga-tiga kawasan tersuci ini disebut secara langsung dalam al-Quran.[1][2][3][4][5][6]
Di samping itu, bagi pengikut Syiah, selepas ketiga-tiga kawasan tersebut, terdapat beberapa lagi kawasan yang dianggap suci seperti Masjid Imam Ali di Najaf, Makam Imam Husain di Karbala, Makam Fatimah di Qom.
Terdapat beberapa lagi kawasan suci yang terdapat di Mekah di kawasan Muslim mengerjakan ibadah Haji seperti Bukit Arafah dan Muzdalifah.[7]