Tarikh | 14 September 2017; 7 tahun yang lalu |
---|---|
Masa | 5:10 pagi (WPM) |
Lokasi | Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, Malaysia |
Koordinat | 3°10′08″N 101°43′58″E / 3.1688°N 101.7328°EKoordinat: 3°10′08″N 101°43′58″E / 3.1688°N 101.7328°E |
Penyebab | Pembakaran sengaja yang bermula daripada ejek-ejekan antara pihak suspek dengan penghuni tahfiz kerana terlihat suspek menghisap dadah.[1][2][3] |
Kematian | 23 |
Kecederaan | 5 |
Suspek | 7 |
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Malaysia |
Portal Malaysia |
Pada 14 September 2017, kira-kira jam 5.10 pagi, satu kejadian kebakaran telah berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, iaitu sebuah madrasah tahfiz lelaki di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, yang menyebabkan 23 orang penghuni yang terdiri daripada 21 orang pelajar dan dua orang guru terbunuh, manakala lima orang penghuni lagi dilaporkan tercedera.[4]
Menurut siasatan polis, insiden bermula apabila berlaku ejek-mengejek antara sekumpulan pelajar tahfiz yang tinggal di sana, dan tujuh orang remaja lelaki bersuai 11 hingga 18 tahun yang menceroboh kawasan berkenaan untuk menghisap dadah, memaksa mereka membakarnya sekaligus. Kesemua suspek juga telah dibuang sekolah akibat pelbagai salah laku disiplin yang serius ketika mereka masih bersekolah. Punca lain yang membawa kepada kejadian ini termasuk serangan mercun ke atas pelajar tahfiz dari madrasah yang sama oleh suspek yang sama dan pertelingkahan antara dua pihak tentang siapa yang akan mengendalikan gelanggang futsal.