Kebuk magma

11 – ruang magma

Kebuk magma atau ruang magma adalah takungan batuan lebur yang besar di bawah permukaan Bumi. Batuan lebur, atau magma di dalam sesebuah kebuk adalah kurang tumpat berbanding dengan batuan-batuan di sekeliling, sekaligus memberikannya daya apungan yang menyebabkan magma untuk bergerak ke atas. Jika ia menemukan jalan ke permukaan, maka hasilnya akan menjadi sebuah letusan gunung berapi. Banyak gunung berapi terletak di atas kebuk-kebuk magma. Kebuk ini sangat susah untuk dikesan jauh di dalam Bumi, maka dengan itu, kesemuanya yang sudah dikenalpasti adalah hampir dengan permukaan, kebiasaannya sekitar 1 km dan 10 km ke bawah.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne