Kecerdasan buatan

Kecerdasan buatan atau kebijaksanaan buatan (bahasa Inggeris: Artificial Intelligence, dipendekkan kepada AI) merupakan kecerdasan dimiliki dan ditunjukkan suatu sistem beraturcara atau mesin jentera yang mampu melakukan tugas dan fungsi mirip yang dijana pemikiran manusia.[1] Konsep AI bermula dari zaman purba, tetapi kemunculan komputer digital pada abad ke-20 membawa konsep ini kepada suatu kemungkinan. AI telah difahami sebagai satu bidang ilmu komputer di pertengahan tahun 1950-an. Istilah AI telah diterapkan dalam program dan sistem komputer yang mampu melakukan tugas-tugas yang lebih kompleks daripada program komputer biasa, walaupun masih jauh dapat menandingi pemikiran manusia. Walaupun masih jauh daripada kepintaran manusia, kemampuan AI kini digunakan secara meluas di bidang-bidang seperti pemprosesan maklumat, permainan komputer, keselamatan negara, perdagangan elektronik, dan sistem diagnostik.

  1. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "kecerdasan buatan". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 27. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne