Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat terkini, telah dilahirkan pada 4 Ogos 1961 di Honolulu, di negeri Hawaii[1] kepada Barack Hussein Obama, Sr. (1936–1982) (lahir di Kanyadhiang, Rachuonyo District, Provinsi Nyanza,[2] Koloni Kenya, Empayar British) dan Stanley Ann Dunham, dikenali secara tidak rasmi sebagai Ann (1942–1995) (lahir di Wichita, Kansas).[3] Obama mempunyai seorang adik perempuan tiri di sebelah ibunya, seorang adik perempuan dan tiga adik lelaki tiri yang masih hidup di sebelah bapa. Dua lelaki lagi telah dibesarkan sebagai anak-anak Barack Obama, Sr. walaupu di dalam memoirnya Dreams from My Father, Obama telah menulis bahawa beberapa saudaranya telah membuat kenyataan terbuka bahawa Barack Obama, Sr. bukanlah bapa mereka secara biologi.[4]