Keisya Levronka

Keisya Levronka
کيشا ليۏرونک
Keisya Levronka pada tahun 2022
Kelahiran (2003-02-02) 2 Februari 2003 (umur 22)
WarganegaraIndonesia
Pekerjaan
Tahun aktif2019 - kini
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Universal Music Indonesia

Keisya Levronka (lahir di Malang, Jawa Timur, 2 Februari 2003; umur 22 tahun) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Indonesia. Keisya mula terjun ke dunia hiburan dengan penyertaannya dalam rancangan pencarian bakat Indonesian Idol musim kesepuluh yang disiarkan di stesen televisyen RCTI pada 2019 - 2020.[1] Selepas menamatkan pengajian dari Indonesian Idol, beliau menyertai Universal Music Indonesia dan mengeluarkan single sulungnya bertajuk "Jadi Kekasihku Saja".

Single keempatnya, "Tak Ingin Usai", yang dikeluarkan pada 2022, berjaya mengungguli pelbagai carta platform muzik digital di Indonesia termasuk mengungguli carta Billboard Indonesia selama 14 minggu.[2] Selain kerjaya dalam dunia muzik, Keisya Levronka juga bakal menceburi dunia lakonan pada 2021. Siri Jingga dan Senja menjadi debut lakonannya.

  1. ^ "Biodata Keisya Levronka, Jebolan Indonesian Idol 2020 yang Rilis Lagu Jadi Kekasihku Saja". Tribun Jateng (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 18 September 2020.
  2. ^ Cusson, Michael (15 Februari 2022). "Indonesia Songs". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Jun 2022.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne