Perincian kejohanan | |
---|---|
Negara tuan rumah | Uzbekistan |
Bandar | Tashkent |
Tarikh | 10–21 Februari 2016 |
Pasukan | 16 (dari 1 konfederasi) |
Tempat | 2 (di 1 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Iran (Kejuaraan Ke-11) |
Naib Juara | Uzbekistan |
Tempat Ketiga | Thailand |
Tempat Keempat | Vietnam |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 35 |
Jaringan gol | 234 (6.69 per perlawanan) |
Kehadiran | 32,625 (932 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Suphawut Thueanklang (14 gol) |
Pemain terbaik | Ali Asghar Hassanzadeh |
← 2014 2018 → |
Kejohanan Futsal AFC 2016 akan menjadi edisi ke-14 Kejohanan Futsal AFC, pertandingan futsal Asia dua tahun sekali yang dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan lelaki daripada ahli persatuan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Kejohanan ini akan diadakan di Uzbekistan,[1] tetapi pada asalnya akan diadakan di Taipei Cina, (sebahagian daripada China) antara 10 hingga 21 Februari 2016.[2][3] Kejohanan ini pada asalnya dijadualkan pada 12 hingga 27 Mac 2016, tetapi telah berubah berikutan penggunaan kalendar perlawanan futsal antarabangsa FIFA.[4]
Kejohanan ini juga akan menjadi satu acara kelayakan untuk Piala Dunia Futsal FIFA 2016 yang akan diadakan di Colombia, dengan lima pasukan teratas layak ke kejohanan ini.