Kejohanan Skuasy Beregu Dunia ialah sebuah pertandingan skuasy peringkat antarabangsa. Acara-acara yang dipertandingkan ialah beregu lelaki, beregu wanita, dan beregu campuran. Dibawah peraturan pertandingan pasangan beregu ini mestilah mewakili negara yang sama. Acara ini telah diadakan sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1997, 2004 dan 2006.