Kejohanan Badminton Asia

Kejohanan Badminton Asia
Musim ini, persaingan atau edisi:
Current sports event Kejohanan Badminton Asia 2023
Ditubuhkan1962
NegaraKonfederasi Badminton Asia
Laman web rasmiwww.badmintonasia.org

Kejohanan Badminton Asia (nama baru yang digunakan buat kali pertama pada edisi 2007, pernah dikenali sebagai Kejohanan Asia Badminton) merupakan sebuah kejohanan yang dikelola oleh Konfederasi Badminton Asia bagi mengurniakan takhta kepada pemain badminton terbaik di Asia.

Kejohanan ini bermula pada 1962 dan ia diadakan secara tahunan sejak 1991. Acara ini pernah dimainkan dalam bentuk pertandingan berpasukan dan individu sebelum acara berpasukan dibatalkan sejak 1994.[1]

Walau bagaimanapun ketika kejohanan 2003, ia menimbulkan beberapa kontroversi yang mana China memutuskan untuk menarik diri daripada kejohanan ini pada saat-saat akhir. Ketua jurulatih China, Li Yongbo berkata kejohanan ini tidak menganugerahkan sebarang mata ranking bagi acara Sukan Olimpik 2004 dan mahu para pemain China meluangkan lebih masa untuk berehat.[2] Kebanyakan pemain terbaik China juga bertindak untuk menarik diri dari kejohanan ini sejak tahap kompetitif kejohanan ini menjadi rendah.

  1. ^ "Event Overview of the Asian Badminton Championships". Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-07-10. Dicapai pada 2007-11-17.
  2. ^ 亚洲羽锦赛今日开打 中国队因故退出 Diarkibkan 2015-09-24 di Wayback Machine (Cina)

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne