Faoi bhun na Craobhchomórtais 2019 peile 17 bliain d'aois na hEorpa Hombre 2019 UEFA European Under-17 Championship | |
---|---|
Perincian kejohanan | |
Negara tuan rumah | Republik Ireland |
Tarikh | 3–19 Mei 2019 |
Pasukan | 8 (dari 1 konfederasi) |
Tempat | 2 (di 2 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Belanda (Kejuaraan Ke-4) |
Naib Juara | Itali |
Separuh Akhir | Sepanyol Perancis |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 32 |
Jaringan gol | 104 (3.25 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Adil Aouchiche (9 gol) |
← 2018 2020 → |
Kejohanan Remaja B-17 UEFA 2019 akan menjadi edisi ke-17 Kejohanan Remaja B-17 UEFA (edisi ke-37 jika era Bawah 16 juga termasuk), sebuah kejohanan bola sepak remaja antarabangsa tahunan yang dianjurkan oleh UEFA untuk pasukan negara lelaki bawah-17 Eropah. Ireland, yang telah dipilih oleh UEFA pada 9 Disember 2016, akan menjadi tuan rumah kejohanan.[1]
Sebanyak 16 pasukan akan bermain di kejohanan ini, dengan pemain yang dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 2002 layak menyertai. Bermula dari edisi ini, sehingga lima penggantian dibenarkan setiap pasukan dalam setiap perlawanan.[2] Selain itu, setiap perlawanan mempunyai tempoh tetap selama 90 minit, bukannya 80 minit pada musim sebelumnya.
Sama seperti edisi terdahulu yang diadakan dalam tahun-tahun ganjil, kejohanan itu bertindak sebagai kelayakan UEFA untuk Piala Dunia B-17 FIFA. Lima pasukan teratas kejohanan ini akan melayakkan diri ke Piala Dunia B-17 FIFA 2019 di Peru sebagai wakil UEFA.
Belanda adalah juara bertahan.