Perincian kejohanan | |
---|---|
Negara tuan rumah | ![]() |
Tarikh | Dibatalkan [1] |
Pasukan | 16 (dari 1 konfederasi) |
Tempat | 4 (di 3 bandar) |
← 2018 2023 → |
Kejohanan Remaja B-19 AFC 2020 akan menjadi edisi ke-41 Kejohanan Remaja B-19 AFC, kejohanan bola sepak belia yang dianjurkan dua tahun sekali oleh Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) bagi pemain-pemain pasukan kebangsaan di bawah umur 19 tahun daripada ahli persatuan mereka. Sebanyak 16 pasukan akan bermain dalam kejohanan itu. Ia akan mengambil tempat di Uzbekistan, yang dilantik sebagai tuan rumah oleh AFC pada 17 September 2019,[2] antara 14 hingga 31 Oktober 2020,[3] tetapi AFC mengumumkan pada 10 September 2020 bahawa kejohanan itu akan ditunda ke awal 2021 kerana Pandemik COVID-19.[4] AFC mengesahkan pada 11 November 2020 bahawa kejohanan akan dimainkan antara 3-20 Mac 2021.[5]
AFC mengumumkan pembatalan kejohanan pada 25 Januari 2021, meninggalkan hak tuan rumah Piala Asia B-20 AFC 2023 kepada Uzbekistan semula.[6]
Pada asalnya, empat pasukan teratas kejohanan akan layak ke Piala Dunia B-20 FIFA 2021 di Indonesia sebagai wakil AFC, ditambah Indonesia yang layak secara automatik sebagai tuan rumah Piala Dunia. Oleh kerana Pandemik COVID-19 yang sedang berlangsung, Piala Dunia B-20 2021 juga dibatalkan, dengan hak menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia B-20 FIFA 2023 masih lagi diberikan kepada Indonesia.[7]
Edisi ini diharapkan menjadi yang terakhir dimainkan sebagai kejohanan bawah-19, kerana AFC telah mencadangkan untuk menukar kejohanan dari bawah-19 ke bawah-20 mulai 2023.[8]
Arab Saudi adalah juara bertahan.