Keju Perancis

Pelbagai jenis keju dijual di sebuah kedai di Lille, Perancis.

Keju Perancis adalah segala jenis keju yang dihasilkan baik secara moden ataupun tradisional di negara Perancis.

Hingga kini Perancis menghasilkan kira-kira 400 jenis keju (fromage dalam bahasa Perancis) yang berbeza.[1] Jumlah ini jauh lebih banyak berbanding ketika Charles de Gaulle memerintah di Perancis.[2] Ketika itu variasi keju di Perancis ada sebanyak 246 jenis.[2] Keju-keju tersebut ada yang dibuat daripada susu lembu, susu biri-biri, susu kambing atau gabungan daripada beberapa jenis susu.[1] Setiap daerah di Perancis memiliki keju khususnya masing-masing.[1] Daerah Normandy terkenal dengan Camembert and Pont l’Evêque.[1] Daerah lembah Loire dan Provence terkenal dengan keju susu kambing yang rasanya tajam seperti Alsace dan Munster.[1] Daerah Alpine memiliki keju seperti Reblochon dan Beaumont yang teksturnya keras dan rasanya lebih halus.[1] Sedangkan daerah Paris menghasilkan keju yang sangat berprestij di dunia iaitu Brie.[1]

  1. ^ a b c d e f g (Inggeris) French Cheese, Good Cooking. Diakses pada 15 April 2010.
  2. ^ a b (Inggeris) Welcome to France, Discover France. Diakses pada 15 April 2010.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne