Kejuruteraan nuklear ialah cabang kejuruteraan yang mengkaji fenomena-fenomena nuklear seperti pembelahan nukleus, ujian tanpa musnah, penyelidikan bahan serta penjanaan tenaga.[1] Individu yang menceburi bidang kejuruteraan nuklear dikenali sebagai jurutera nuklear. Kebanyakkan daripada jurutera nuklear akan menceburi penyelidikan dalam industri nuklear, namun keperluan jurutera nuklear dalam industri-industri seperti industri petroleum, industri kosmetik dan farmaseutikal, industri elektronik, pemeriksaan tapak dan sambungan kimpalan serta sebagai pegawai keselamatan amat penting.