Kek | |
---|---|
Pusat kultus utama | Hermopolis (sebagai salah satu dewa Ogdoad) |
Maklumat peribadi | |
Isteri | Kauket |
Kek ialah bentuk dewa bagi kegelapan yang wujud sejak asal masa (kkw sm3w <[1] ) dalam kepercayaan asal usul alam semesta Mesir purba. Kek merupakan salah seorang dewa Ogdoad dan dipuja di bandar Hermopolis.
Ogdoad terdiri daripada empat pasang dewa, empat dewa dan isteri-isteri setiap seorang yang serupa. Isteri Kek ialah Kauket.[2][3][4] Kek dan Kauket juga mewakili malam dan siang dalam beberapa aspek. Kek juga dipanggil "pengangkat cahaya" manakala Kauket dipanggil "pengangkat malam".[5]
Nama Kek ditulis dalam hieroglif sebagai kk atau kkwy dengan varian hieroglif langit dalam ligatur dengan tongkat (N2) yang berkait dengan perkataan untuk "kegelapan" kkw.[5]