Kelenjar minyak

Kelenjar Sebum
کلنجر سيبوم
Pandangan skematik akar rambut dan kelenjar sebaceous.
Keratan rentas kesemua lapisan kulit. Akar rambut dengan struktur berkait. (Kelenjar Sebaceous dilabel di kiri tengah.)
Butiran
Pengenalpastian
nama bahasa Latinglandula sebacea
MeSHD012627
TAA16.0.00.030
A15.2.07.044
FMAFMA:59160
Terminologi anatomi
Paparan amaran: Page using Template:Infobox anatomy with unknown parameter "DorlandsPre"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox anatomy with unknown parameter "GraySubject"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox anatomy with unknown parameter "GrayPage"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox anatomy with unknown parameter "MeshNumber"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox anatomy with unknown parameter "MeshName"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox anatomy with unknown parameter "DorlandsSuf"

Kelenjar sebaceous adalah kelenjar mikroskopik pada kulit yang merembeskan bahan berminyak/berlilin, dikenali sebagai sebum, bagi melicinkan kulit dan rambut pada mamalia.[1] Pada manusia, ia terdapat banyak di muka dan kulit kepala, sungguhpun ia tersebar diseluruh kulit kecuali pada tapak tangan dan kaki.[2] Pada kelopak mata, Kelenjar sebaceous meibomian merembeskan sejenis sebum khas yang membentuk air mata. Terdapat beberapa keadaan perubatan berkait dengan sebum, termasuk jerawat, cyst sebaceous, hyperplasia sebaceous, adenoma sebaceous, dan carcinoma kelenjar sebaceous (lihat seksyen di bawah: Pathologi).

Kelenjar sebum atau kelenjar minyak terletak di seluruh tubuh badan. Kelenjar ini banyak terdapat di bahagian muka, kepala dan bahagian kulit yang berbulu. Setiap kelenjar terbina daripada gelembung-gelembung yang mempunyai tisu epitelium di sekelilingnya.

Salur dari gelembung ini menuju ke kulit luar melalui liang roma. Kelenjar sebum juga didapati di lubang telinga (kelenjar cerumen/kelenjar lilin) dan di kelopak mata (kelenjar meibomian). Kelenjar sebum berfungsi dalam:

  • Merembeskan bahan berminyak yang dikenali sebagai sebum. Sebum adalah campuran lemak, kolesterol, protein dan garam tak organik.
  • Sebum mencegah rambut menjadi kering dan rapuh.
  • Membentuk sistem perlindungan pada kulit yang dapat mencegah dari berlakunya penyejatan air yang berlebihan daripada kulit.
  • Membantu kulit menjadi halus dan lembut.
  • Mencegah pertumbuhan beberapa bakteria di kulit.

Kelenjar sebum ini mula berfungsi semasa baligh dan dikawal oleh hormon androgen. Kelenjar sebum adalah salah satu contoh kelenjar holokrin kerana selepas sebum dirembeskan, sel kelenjar menjadi kosong dan mati.

  1. ^ Dellmann's textbook of veterinary histology (405 pages), Jo Ann Coers Eurell, Brian L. Frappier, 2006, p.29, weblink: Books-Google-RTOC.
  2. ^ James, William D.; Berger, Timothy; Elston, Dirk M. (2006). Andrews' diseases of the skin: clinical dermatology. Saunders Elsevier. m/s. 7. ISBN 978-0-7216-2921-6.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne