The Ministry of Finance, Singapore is headquartered at The Treasury on High Street, Singapore | |
Intisari agensi | |
---|---|
Bidang kuasa | Pemerintah Singapura |
Ibu pejabat | The Treasury |
Kakitangan | 1523[1] |
Belanjawan tahunan | ▲ S$ 683.69 juta (2010)[1] |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif agensi |
|
Agensi-agensi anak |
|
Laman sesawang | www |
ID agensi | T08GA0013E |
Kementerian Kewangan (bahasa Inggeris: Ministry of Finance , singkatan: MOF; Cina: 新加坡财政部; Tamil: நிதி அமைச்சு) ialah badan berkanun dalam Pemerintah Republik Singapura yang bertanggungjawab dalam mentadbir dan mengawal atur institusi kewangan dan struktur ekonomi Singapura. Kementerian ini dipimpin oleh Menteri Kewangan.
Statut pengawalan dan undang-undang utama kuasa kementerian ini adalah Akta Akauntan, Akta Perkongsian Piawaian Perakaunan, Akta Pendaftaran Perniagaan, Akta Syarikat, Akta Perkongsian Terhad dan Akta Perkongsian Liabiliti.
Fungsi Kementerian Kewangan dalam Pemerintah ialah untuk memastikan bahawa perniagaan yang berjalan di Singapura bersesuaian dengan piawaian dan amalan antarabangsa dalam pelbagai bidang seperti peraturan undang-undang, standard perakaunan dan prinsip tadbir urus syarikat .