كمنترين ديݢيتل | |
![]() Kerajaan Malaysia | |
Intisari kerajaan | |
---|---|
Dibentuk | 12 Disember 2023 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Aras 13 & 15, Blok Menara, Menara Usahawan No.18, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62000 Putrajaya, Malaysia |
Menteri bertanggungjawab | |
Timbalan menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif kerajaan |
|
Laman sesawang | www.digital.gov.com.my |
Kementerian Digital Malaysia (Jawi: كمنترين ديݢيتل ) ialah sebuah kementerian persekutuan di Malaysia. Kementerian ini ditubuhkan pada 12 Disember 2023 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim selepas sebuah rombakan kabinet.[1] Kementerian ini ialah pecahan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia. Jawatan menteri digital disandang oleh Tuan Gobind Singh Teo (PH - Damansara) manakala timbalannya disandang oleh Datuk Wilson Ugak Kumbong (GPS - Hulu Rajang).