Kementerian Kerja Raya Malaysia

Kementerian Kerja Raya
كمنترين كرجا راي
Kerajaan Malaysia

Ibu Pejabat Kementerian Kerja Raya
Intisari kerajaan
Dibentuk9 Ogos 1955; 69 tahun yang lalu (1955-08-09)
JenisKerajaan
Ibu pejabatKompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 Kuala Lumpur
Kakitangan11,942 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 5,768,104,300 (2018)
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif kerajaan
  • Dato Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha
Laman sesawang
www.kkr.gov.my

Kementerian Kerja Raya (Tulisan Jawi: كمنترين كرجا راي; singkatan: KKR) Malaysia ialah kementerian di bawah kerajaan Malaysia. Kementerian ditubuhkan pada tahun 1956 dengan nama Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom. Pada tahun 1975, kementerian telah disusun semula dan dinamakan Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan. Perkembangan pesat pembangunan dan sosio-ekonomi negara pada tahun 1970an telah menyebabkan fungsi dan peranan kementerian bertambah. Sesuai dengan perkembangan tersebut, pada tahun 1978 sekali lagi fungsi dan nama kementerian ditukar kepada Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan Awam. Namun selari dengan pengkhususan tanggungjawab, pada tahun 1980an, kerajaan telah mengambil keputusan menamakan kementerian dengan nama Kementerian Kerja Raya dan nama itu kekal sehingga sekarang.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne