Kempen Ketenteraan Sekigahara | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bahagian dari Sengoku Jidai | |||||||||
| |||||||||
Pihak Terlibat | |||||||||
Tentera Timur: Pasukan yang setia pada Tokugawa Ieyasu
|
Tentera Barat: Pasukan yang setia pada Ishida Mitsunari
| ||||||||
Komando dan Pimpinan | |||||||||
Tokugawa IeyasuTokugawa Hidetada
Katō Kiyomasa Honda Tadakatsu Torii Mototada † Ii Naomasa (DOW) Maeda Toshinaga Mogami Yoshiaki Date Masamune Kuroda Yoshitaka Hosokawa Tadaoki Hosokawa Fujitaka Kyōgoku Takatsugu Sanada Nobuyuki Kobayakawa Hideaki (sebelum khianat) |
Ishida Mitsunari
Ukita Hideie Shima Sakon † Ōtani Yoshitsugu † Toyotomi Hideyori Mōri Terumoto Mōri Hidemoto Konishi Yukinaga Uesugi Kagekatsu Naoe Kanetsugu Maeda Toshimasu Ōtomo Yoshimune Tachibana Muneshige Shimazu Yoshihiro Shimazu Toyohisa † Chōsokabe Morichika Oda Hidenobu Sanada Masayuki Sanada Yukimura Kobayakawa Hideaki (berkhianat) | ||||||||
Kekuatan Tentera | |||||||||
Lebih dari 75,000 kemungkinan | 120,000 kemungkinan | ||||||||
Kerugian | |||||||||
4,000–10,000 terbunuh | 8,000–32,000 terbunuh
~23,000 pelkhianat |
Kempen Ketenteraan Sekigahara ialah satu siri pertempuran-pertempuran yang terjadi di Jepun antara Tentera Timur yang dipimpin Tokugawa Ieyasu sekaligus pemimpin Puak Tokugawa dan Tentera Barat yang setia kepada Ishida Mitsunari yang secara de-facto memimpin Puak Toyotomi dikarenakan Putra Toyotomi Hideyoshi yang masih kecil. Perang ini memuncak dalam Pertempuran Sekigahara. Konflik itu dicetuskan oleh ekspedisi hukuman yang diketuai oleh Ieyasu terhadap puak Uesugi di wilayah Tōhoku timur laut, memberikan Mitsunari peluang untuk mengecam Ieyasu atas nama taikō yang memerintah bayi Toyotomi Hideyori semasa tentera Tokugawa berada di medan.
Kebanyakan kempen terjadi daripada siri halauan Pasukan Mitsunari terhadap serangan musuh di Tōkaidō dan Nakasendō, jalan utama yang menghubungkan Bandar Edo dan ibu negara Kyoto . Walau bagaimanapun, pertempuran dan pengepungan yang jauh dari lebuh raya utama ini, baik di Tōhoku dan dalam kantung penentangan di sekitar ibu kota, mempunyai kesan yang meluas terhadap pergerakan dan ketersediaan tentera untuk pertempuran yang menentukan di Sekigahara. Perang juga merebak seketika ke pulau selatan Kyūshū, tetapi Ieyasu dengan cepat mengarahkan tenteranya untuk berundur berikutan kemenangannya atas sebab politik.
Perang secara dramatik menyebabkan perubahan peta perpolitikan Jepun dan sebagai konsekuensyennya Keshogunan Tokugawa berani menantang puak Toyotomi dan peralihan kuasa politik antara pelbagai daimyō yang menyertainya.