Kenyalang I'm In Love | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Salwana Sawi |
Pengarah | Mohd Feroz Abd Kader |
Dibintangi oleh | Hafeez Mikail Ain Edruce |
Lagu pembukaan | "Kenyalang I'm In Love" oleh Aepul Roza dan Mimie Haris |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Mohd Feroz Abd Kader |
Penerbit | Mohd Feroz Abd Kader Salwana Sawi Basree Rakijan |
Penyunting | Ayu Habib |
Tempoh siaran | 42–43 minit |
Syarikat penerbitan | Frontrow Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 Tonton |
Siaran asal | 26 Ogos 2018 – 7 Oktober 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Cik Sempurna |
Diikuti oleh | Isteriku Mem Besar |
Kenyalang I'm In Love ialah siri drama romantik Malaysia 2018 arahan Mohd Feroz Abd Kader terbitan Frontrow Pictures, dibintangi oleh Hafeez Mikail dan Ain Edruce mengisahkan tentang percintaan disulami dengan keindahan budaya dari bumi Kenyalang iaitu Sarawak. Siri ini disiarkan di Slot Dahlia TV3 bermula 26 Ogos 2018.[1]
Drama ini disiarkan secara eksklusif di Tonton empat bulan lebih awal dari tayangan di TV3.[2] Ia juga boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]