![]() | |
Negara | Jepun |
---|---|
Gelaran | |
Diasaskan |
|
Pengasas | Jimmu (tradisional) Kinmei (bersejerah) |
Ketua terkini | Maharaja Naruhito |
Etnik | |
Cabang kadet |
|
Kerabat diraja Jepun (皇室, kōshitsu), juga dirujuk sebagai Wangsa Koshitsu atau Wangsa Yamato, terdiri daripada ahli-ahli keluarga yang luas dari Maharaja Japan yang menjalankan tugas-tugas rasmi dan awam. Di bawah Perlembagaan Jepun sekarang, Maharaja adalah simbol negara dan perpaduan rakyat. Ahli-ahli lain kerabat maharaja menjalankan tugas-tugas istiadat dan sosial, tetapi tidak mempunyai peranan dalam hal ehwal kerajaan. Tugas sebagai maharaja diwarisi oleh anak-anak maharja dan anak kepada anak mereka dan seterusnya. Monarki Jepun ini dikatakan sebagai monarki turun temurun berterusan tertua di dunia.[1] Wangsa Imperial dengan Maharaja Jimmu (secara tradisinya bertarikh 11 Februari 660 SEU), dan berterusan sehingga Maharaja semasa, Naruhito. Walau bagaimanapun, sarjana telah bersetuju bahawa tidak ada bukti akan kewujudan Jimmu,[2][3] bahawa naratif tradisional penubuhan Jepun adalah mitos, dan Jimmu ialah tokoh mitos.[4] Maharaja Jepun yang boleh disahkan mengikut sejarah bermula dari awal abad ke-6 dengan Maharaja Kinmei.[5]