Pembentukan | 16 September 1963 [1] |
---|---|
Negara | Malaysia |
Laman web | malaysia.gov.my |
Cawangan legislatif | |
Perundangan | Parlimen |
Tempat mesyuarat | Bangunan Parlimen |
Cawangan eksekutif | |
Organ utama | Kabinet |
Pemimpin | Perdana Menteri Anwar Ibrahim |
Pelantik | Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim |
Ibu pejabat | Perdana Putra, Putrajaya |
Cawangan kehakiman | |
Mahkamah | Mahkamah Persekutuan Malaysia |
Tempat duduk | Istana Kehakiman |
Pentadbiran | |
---|---|
Tempoh pemerintahan | 12 Disember 2023 - kini |
Didahului oleh | Kerajaan Dato Seri Anwar Ibrahim pertama |
Maklumat am | |
Gabungan memerintah | |
Raja | Sultan Ibrahim |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Timbalan | Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Dato Sri Fadillah Yusof |
Kerajaan Persekutuan Malaysia (Jawi: كراجأن ڤرسكوتوان مليسيا ) merujuk kepada pihak kerajaan atau kerajaan negara berkuasa yang berpusat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan eksekutif persekutuan yang berpusat di Putrajaya. Malaysia adalah sebuah persekutuan 13 negeri yang beroperasi dalam raja berperlembagaan di bawah sistem parlimen Westminster dan dikategorikan sebagai demokrasi berparlimen. Kerajaan Persekutuan Malaysia mematuhi dan dicipta oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia, undang-undang tertinggi di negara ini. Kerajaan persekutuan menerapkan prinsip pengasingan kuasa dan mempunyai tiga cabang: eksekutif, perundangan dan kehakiman. Kerajaan-kerajaan negeri dalam Malaysia juga mempunyai badan-badan eksekutif dan perundangan masing-masing. Sistem kehakiman di Malaysia adalah sistem mahkamah dipersekutukan dan beroperasi secara seragam di seluruh negara.
Kerajaan persekutuan menggunakan prinsip pemisahan kuasa di bawah Artikel 127 Perlembagaan Persekutuan,[2] dan mempunyai tiga cabang: eksekutif, badan perundangan dan kehakiman. [3] Kerajaan negeri dalam Malaysia juga mempunyai badan eksekutif dan perundangan masing-masing. Sistem kehakiman di Malaysia adalah sistem persekutuan federalised yang beroperasi serata di seluruh negara.
|journal=
(bantuan)