Kerajaan Bani Umaiyah | |
---|---|
661–750 | |
Ibu negara | Damsyik (661–744) Harran (744–750) |
Bahasa rasmi | Arab Klasik |
Agama | Islam |
Kerajaan | Monarki |
Khalifah | |
• 661–680 | Muawiyah (pertama) |
• 744–750 | Marwan II (terakhir) |
Sejarah | |
• Didirikan | 661 |
• Dibubarkan | 750 |
Keluasan | |
720 | 11,100,000 km2 (4,300,000 bt2) |
Mata wang | |
Kerajaan Bani Umaiyah (Arab بنو أمية banū umayya / الأمويون al-umawiyyūn); merupakan khilafah Islam kedua selepas kewafatan Nabi Muhammad dan khilafah pertama yang menggunakan sistem pewarisan takhta. Muawiyah bin Abu Sufyan menjadi khalifah pertama kerajaan ini, selepas tamatnya Fitnah Pertama pada tahun 661.
Nama kerajaan Bani Umaiyah berasal daripada nama datuk Muawiyah iaitu Umaiyyah bin Abdul Syams, seorang pemimpin kaum Quraisy yang kaya dan berpengaruh.
Kerajaan Umaiyah telah meneruskan penaklukan oleh orang Islam, dengan menakluk Ifrikiyah, Transoxiana, Sind, Maghreb dan Hispania. Ketika kemuncak kegemilangannya, taklukan kerajaan Umaiyah telah meliputi kawasan seluas 11,100,000 km2 (4,300,000 bt2),[1] menjadikannya antara empayar terbesar dalam sejarah.
Kerajaan Umaiyah telah digulingkan Kerajaan Abbasiyah pada tahun 750. Ahli keluarga Bani Umaiyah yang terselamat telah menubuhkan sebuah emiriah di Cordoba dan membangun menjadi sebuah khilafah baharu di sana.