Kerajaan Beraja Rom Regnum Romanum | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
753 SM–509 SM | |||||||||
![]() | |||||||||
![]() Kawasan penempatan purba di Rom. | |||||||||
Ibu negara | Rome | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Latin Tua | ||||||||
Agama | Pantheisme Rom | ||||||||
Kerajaan | Monarki Dipilih | ||||||||
Raja | |||||||||
• 753–717 SM | Romulus | ||||||||
• 715–673 SM | Numa Pompilius | ||||||||
• 673–642 SM | Tullus Hostilius | ||||||||
• 640–616 SM | Ancus Marcius | ||||||||
• 616–579 SM | Lucius Tarquinius Priscus | ||||||||
• 578–535 SM | Servius Tullius | ||||||||
• 535–509 SM | Lucius Tarquinius Superbus | ||||||||
Badan perundangan | Raja, Dewan Rom dan Senat | ||||||||
Era Sejarah | Zaman Besi | ||||||||
• Penubuhan Rom | 753 SM | ||||||||
509 SM | |||||||||
| |||||||||
Sekarang sebahagian dari | ![]() ![]() |
Kerajaan Beraja Rom (Latin: Regnum Romanum) adalah satu zaman di mana tamadun Rompurba ditadbir oleh sebuah kerajaan monarki di kota Rome dan jajahannya.
Tidak banyak diketahui berkenaan sejarah Kerajaan Beraja Rom, di sebabkan hampir tiada rekod bertulis pada masa itu yang terselamat, dan sejarah berkenaannya ditulis semasa zaman Republik dan Empayar Rom dan kebanyakkan berdasarkan lagenda. Walau bagaimanapun, sejarah Kerajaan Beraja Rom bermula dengan pembinaan kota Rome, dipercayai pada 753 SM dengan penempatan di sekeliling Bukit Palatinus di sepanjang sungai Tiber di Itali Tengah, dan berakhir dengan penggulingan raja dan penubuhan Republik pada sekitar 509 SM.