Kerajaan Jerusalem Latin | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1099–1291 | |||||||||||
| |||||||||||
Ibu negara | Jerusalem Negara Palestin(1099–1187) | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | bahasa Latin, bahasa Perancis Lama, bahasa Itali (juga bahasa Arab dan bahasa Yunani) | ||||||||||
Agama | Katolik Rom (official), Orthodoksi Yunani, Ortodoks Syria, Islam, | ||||||||||
Kerajaan | Monarchy | ||||||||||
Era Sejarah | Zaman Pertengahan Tinggi | ||||||||||
• Perang Salib Pertama | 1099 | ||||||||||
• Perang Salib Ke-2 | 1145 | ||||||||||
1187 | |||||||||||
• Perang Salib Ke-3 | 1189 | ||||||||||
• Perjanjian Ramla | 1191 | ||||||||||
1244 | |||||||||||
1256–70 | |||||||||||
1291 | |||||||||||
|
Kerajaan Jerusalem Latin ialah sebuah negeri Salibi yang ditubuhkan pada tahun 1099M di Selatan Syam selepas Perang Salib Pertama. Kerajaan ini bertahan hampir 200 tahun, dari tahun 1099 sehingga 1291M apabila wilayah terakhirnya Akka dimusnahkan Mamluk. Akan tetapi sejarah kerajaan ini dapat dibahagikan kepada dua zaman berbeza: kerajaan pertama berdiri dari 1099 sehingga 1187M, apabila ia hampir ditakluki sepenuhnya oleh Salahuddin al-Ayyubi. Berikutan Perang Salib Ketiga, kerajaan diasaskan kembali di Acre pada tahun 1192M, dan bertahan sehingga kemusnahan kota tersebut pada tahun 1291M. Kerajaan kedua ini kadang kala dikenali sebagai Kerajaan Acre.