Nama dahulu |
|
---|---|
Jenis/bentuk sah | Syarikat milik negara |
Ditubuhkan | 1992 |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur,Malaysia |
Tokoh penting | Datuk Mohd Rani Hisham bin Samsudin (Ketua Pegawai Eksekutif) |
Perkhidmatan |
|
Tapak web | www.ktmb.com.my |
sunting · sunting di Wikidata |
Keretapi Tanah Melayu Berhad (singkatan: KTMB; Jawi: كريتاڤي تانه ملايو برحد) merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia (West Malaysia). Sejarah KTMB bermula sejak era zaman penjajahan British lagi, ketika laluan kereta api dibina bagi mengangkut bijih timah dari lombong ke pelabuhan.
Keretapi Tanah Melayu Berhad كريتاڤي تانه ملايو برحد | |
---|---|
Lokasi | Semenanjung Tanah Melayu |
Tarikh operasi | 1885 | –
Tolok landasan | metre |
Pengelektrikan | 25 kV 50 Hz AC |
Panjang | 2,783 km (1,729 bt) |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur |
sunting · sunting di Wikidata |
Sebelum ini, KTMB dikenali sebagai Federated Malay States Railway (Bahasa Melayu: Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu) dan Malayan Railways Administration (dalam bahasa Melayu: Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu). Pentadbiran ini mendapat nama "Keretapi Tanah Melayu" pada tahun 1962. Pada tahun 1992, KTM disyarikatkan walaupun masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.
KTMB berkhidmat di lebih 100 stesen di 10 negeri Semenanjung Malaysia dan negara Singapura, di rangkaian landasan keretapi sepanjang 1,677 km. Semua landasan KTMB menggunakan tolok landasan meter (1,000 mm) dan kira-kira 700km landasan tersebut adalah dielektrikkan. Pada tahun fiskal 2018, KTMB berkhidmat dengan 39.5 juta penumpang dan 5.7 juta tan kargo. [1]
|dead-url=
(bantuan)