Nama asli | Union internationale pour la conservation de la nature |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan antarabangsa |
Industri | Pemuliharaan |
Ditubuhkan | Oktober 1948, Fontainebleau, Perancis |
Ibu pejabat | Rue Mauverney 28, 1196 Gland, Switzerland |
Kawasan perkhidmatan | seluruh dunia |
Tokoh penting | Valli Moosa Julia Marton-Lefèvre |
Hasil | SFr 99,348 (2005) |
Bilangan kakitangan | kk. 1,100 (seluruh dunia) |
Anak syarikat | Large Carnivore Initiative for Europe |
Tapak web | www.iucn.org |
sunting · sunting di Wikidata |
International Union for Conservation of Nature (IUCN, Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar) ialah pertubuhan antarabangsa yang mengkhususkan pemuliharaan sumber semula jadi. Diasaskan pada 1948, dengan ibu pejabatnya di kawasan Tasik Geneva di Gland, Switzerland, IUCN mempertemukan 83 negara, 108 agensi pemerintahan, 766 pertubuhan bukan kerajaan, dan 81 pertubuhan antarabangsa serta juga sekitar 10,000 pakar dan ahli sains daripada negara-negara di seluruh dunia.[1]
Misi IUCN adalah untuk mempengaruhi, menggalakkan, dan membantu persatuan-persatuan di seluruh dunia memuliharakan keutuhan dan kepelbagaian alam sekitar serta memastikan bahawa sebarang penggunaan sumber alam semula jadi adalah adil dan dapat dikekalkan daripada segi ekologi.[1]