Ketam | |
---|---|
Ketam spesies Liocarcinus vernalis | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Subfilum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Infraorder: | Brachyura Linnaeus, 1758
|
Superfamilies | |
|
Ketam (Jawi: كتم ) atau kepiting (Jawi: کڤيتيڠ) adalah haiwan jenis krustasea dekapod dari infraorder Brachyura bercirikan mempunyai pinggul amat pendek (Bahasa Yunani: brachy = pendek, ura = senget), atau abdomennya tersembunyi seluruhnya di bawah toraks. Badan-badan kelompok haiwan ini umumnya diliputi dengan satu eksoskeleton tebal serta dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae).
Sebanyak 850 spesies ketam yang dapat dijumpai dan dikenalpasti hidup di pelbagai habitat beraneka termasuk di jasad-jasad air masin, payau dan tawar, di daratan, atau di kedua-dua alam.[1] Ketam umum dijumpai di kawasan-kawasan tropika dan subtropika seluruh dunia.