Kewartawanan kuning

Kartun "Kewartawanan kuning" mengenai Perang Sepanyol-Amerika

Kewartawanan kuning atau Jurnalisme kuning atau akhbar kuning merupakan istilah untuk jenis kewartawanan yang menyiarkan berita kurang atau tiada penyelidikan yang bagus tetapi sebaliknya menggunakan tajuk utama yang menarik untuk penjualan akhbar yang lebih banyak. [1] Ia termasuklah memperbesar-besarkan sesuatu kejadian, skandal atau berita-berita sensasi. Istilah kewartawanan kuning digunakan pada hari ini sebagai penghinaan untuk mengutuk sebarang kewartawanan yang mengeluarkan berita tidak profesional dan tidak beretika.[2]

Istilah ini banyak digunakan di Amerika Syarikat. Di United Kingdom istilah ini hampir sama dengan kewartawanan tabloid.

  1. ^ "sensationalism". The Free Dictionary. Dicapai pada 21 February 2017.
  2. ^ Shirley Biagi, Media Impact: An Introduction to Mass Media (2011) p 56

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne