Jah Mahadi | |
---|---|
Kelahiran | Khadijah binti Hodri 1938 |
Meninggal dunia | 31 Mei 2001 Tampoi, Johor Bahru, Malaysia | (umur 62–63)
Sebab kematian | Sakit kencing manis dan darah tinggi |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1959–1970 |
Terkenal kerana | Filem Madu Tiga |
Pasangan | Haji Mahadi |
Jah Mahadi (Jawi: جه مهادي) atau nama sebenarnya Khadijah Hodri, merupakan seorang pelakon filem Melayu, terkenal bagi peranannya sebagai isteri kedua P. Ramlee dalam filem Madu Tiga.[1] Dalam filem ini, babak pergaduhannya dengan madunya (isteri pertama), lakonan Zaharah Agus masih diingati.[2] Dalam filem ini juga, Saloma menyanyi lagu cover "Keindahan Bintang Malam" yang asalnya dinyanyikan oleh Zaharah Agus. Dalam filem ini, lagu itu disingkatkan sebagai Bintang Malam. Lagu "Mat Lodeh" yang dipopularkan oleh Anita Sarawak juga pada asalnya dipersembahkan oleh Zaharah Agus. Versi cover oleh Anita pada tahun 1970-an dilakukan dengan lirik lain.
Jah Mahadi bersara terus dari dunia seni sebaik sahaja berakhirnya kegemilangan Studio Jalan Ampas. Ketika banyak pelakon pindah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan aktiviti lakonan, Allahyarham mengikut suami, pengarah Haji Mahadi ke Johor Bahru.
Beliau dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Aminah, Johor Bahru pada 28 April dan keluar pada 11 Mei 2001. Keadaannya tenat dan mulai tidak boleh bercakap sejak seminggu, sebelum meninggal pada 31 Mei 2001. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru berdekatan pusara ibu dan bapanya.