Seniwati Khatijah Tan | |
---|---|
خديجة تن | |
![]() Khatijah pada Ogos 2019 di Port Dickson, Negeri Sembilan. | |
Kelahiran | Khatijah binti Tan 1 Januari 1961 |
Nama lain | Mak Jah |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak |
Tahun aktif | 1988–kini |
Terkenal kerana | Mak Ngah (Pi Mai Pi Mai Tang Tu) & Mak Temah (Embun) |
Karya | Lihat senarai penuh |
Pasangan | Nazrul Andre Abdullah (k. 1984) |
Anak-anak | |
Anugerah | Festival Filem Asia Pasifik—Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Asia Pasifik (Embun) |
Kerjaya lawak | |
Media | Televisyen, filem, dan internet |
Genre | Pelawak berdiri, cereka, komedi sketsa |
Subjek | Komedi, lawak jenaka |
Hasil karya dan peranan |
Khatijah Tan (Tulisan Jawi: خديجة تن, lahir 1 Januari 1961), merupakan seorang pelakon wanita Malaysia dan juga merupakan salah seorang dari seniwati filem Melayu. Beliau mula bergiat aktif dalam dunia hiburan tanah air sejak 1988 menerusi sebuah drama yang pernah disiarkan di TV3, Rumah Kedai, peranannya sebagai Habsah, seterusnya membuat kemunculan sulungnya di layar lebar pada 1996 menerusi peranannya sebagai orang gaji di dalam filem Yes, Tuan! arahan Nik Fadzil Nik Hassan, beliau meraih pengiktirafan yang meluas menerusi filem Embun (2002) yang melayakkanya menerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-46 yang diadakan di Korea Selatan dan telah menerima dua pencalonan di Festival Filem Malaysia, lima di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Beliau merupakan ibu kepada pelakon dan pengarah filem, Pierre Andre dan Mikail Andre.