Khoo Kay Kim 邱家金 Qiū Jiājīn خاو كي كيم | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 28 Mei 2019[1] | (umur 82)
Warganegara | Malaysia |
Pusat pendidikan | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Sejarawan |
Terkenal kerana | Kecemerlangan beliau dalam bidang sejarah Malaysia dan dunia. Pengarang Rukunegara. |
Pasangan | Puan Sri N. Rathimalar (1966–2019) hingga kematiannya[2] |
Anak-anak | Eddin Khoo Rubin Khoo Mavin Khoo |
Ibu bapa | Khoo Soo Jin (bapa) Chuah Gaik See (ibu) |
Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Khoo Kay Kim (Bahasa Cina: 邱家金; pinyin: Qiū Jiājīn; Pe̍h-ōe-jī: Khu Ke-kim, Jawi: خاو كي كيم[perlu rujukan]; 28 Mac 1937 – 28 Mei 2019) ialah seorang ahli sejarawan terkemuka di Malaysia dan mendapat kehormatan Emeritus dari Universiti Malaya. Beliau dilahirkan di Kampar, Perak, Malaysia.
Beliau berkelulusan B.A. 1959; M.A. 1967; PhD. 1974 dari Universiti Malaya. Beliau mendapat ijazah doktor falsafah (PhD) berdasarkan tesis beliau yang bertajuk The beginnings of political extremism in Malaya 1915-1935 (1973) yang diseliakan oleh Prof. Kennedy G. Tregonning, yang kemudiannya bertugas sebagai seorang profesor sejarah di Kolej Universiti Malaya.