Kilang kandungan (content farm atau content mill) ialah suatu perusahaan yang menempatkan seberapa pengkarya freelance untuk menghasilkan kandungan media dalam bentuk teks yang banyak demi memenuhi algoritma terbina dalam enjin carian web automatik agar senang dilihat pengguna lalu kunjungan yang terbawa dari mereka dapat menjanan pendapatan melalui iklan-iklan yang dipapar di situ.[1]
Entiti-entiti sebegini cenderung menerbitkan kandungan yang diperhatikan kurang bermutu (atau memberikan kepuasan tinggi kepada pembaca)[2] serta hanya sekadar memenuhi keperluan asas berbanding kandungan yang dihasilkan oleh penerbitan profesional seperti percetakan tradisional.[3] Bahan bacaan sebegini sememangnya dikarang oleh manusia, namun pengkaryaan ini dilakukan oleh orang yang kurang langsung tidak arif atau pakar dalam bidang yang disentuh.[4]