Kim Won-ho | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Maklumat peribadi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Negara | Korea Selatan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lahir | Suwon, Gyeonggi, Korea Selatan | 2 Jun 1999|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tinggi | 1.84 m (6 ka 0 in) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Cakat tangan | Kanan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Beregu lelaki & campuran | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ranking tertinggi | 9 (MD bersama Choi Sol-gyu) (3 Januari 2023) 19 (MD bersama Seo Seung-jae) (7 Jun 2018) 5 (XD bersama Jeong Na-eun) (20 Jun 2023) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ranking semasa | 111 (MD bersama Choi Sol-gyu) 8 (XD bersama Jeong Na-eun) (16 Julai 2024) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Rekod pingat
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Profil BWF |
Kim Won-ho (Hangul: 김원호 ; lahir 2 Jun 1999) ialah pemain badminton Korea Selatan.[1] Kim yang mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Maewon, bertanding di Kejohanan Remaja Asia 2016, dan memenangi pingat perak dalam acara beregu campuran dan berpasukan.[2] Beliau juga merupakan pemenang pingat gangsa pada Kejohanan Remaja Dunia 2017 dalam acara beregu lelaki dan berpasukan.[3] Kim ialah anak kepada pemenang pingat emas Olimpik Gil Young-ah. Beliau adalah pemain termuda dari pasukan kebangsaan Korea Selatan yang bertanding di Piala Sudirman 2017. Dia bermain satu perlawanan, dalam perlawanan pembukaan dengan Rusia di peringkat round robin.[4] Pada pusingan akhir, Korea Selatan memenangi kejuaraan selepas menewaskan China dengan mata 3–2.[5] Beliau mewakili Korea dalam Piala Thomas 2018 tetapi kalah dalam perlawanan menentang Indonesia dan oleh itu tersingkir di suku akhir.