Kimetsu no Yaiba | |
![]() | |
鬼滅の刃 (Kimetsu no Yaiba) | |
---|---|
Genre | Pengembaraan,[1] fantasi gelap[2] |
Manga | |
Pengarang | Koyoharu Gotouge |
Penerbit | Shueisha |
Penerbit Lain | |
Demografik | Shōnen |
Pencetakan | Jump Comics |
Majalah Asal | Shōnen Jump Mingguan |
Tarikh Pengeluaran | 15 Februari 2016 – 18 Mei 2020 |
Jilid | 23 |
Filem anime | |
Kimetsu no Yaiba: Kyōdai no Kizuna | |
Pengarah | Haruo Sotozaki |
Penerbit | Hikaru Kondo |
Skrip/Penulis | Ufotable |
Lagu/Muzik | Yuki Kajiura Go Shiina |
Studio | Ufotable |
Dilesenkan oleh | |
Dikeluarkan pada | 29 Mac 2019 |
Siri televisyen anime | |
Pengarah | Haruo Sotozaki |
Penerbit | Hikaru Kondo |
Skrip/Penulis | Ufotable |
Lagu/Muzik | Yuki Kajiura Go Shiina |
Studio | Ufotable |
Dilesenkan oleh | |
Penyiaran Asal | Tokyo MX, GTV, GYT, BS11 |
Penyiaran bahasa Inggeris | |
Tarikh tayangan | 6 April 2019 – kini |
Episod | 55 |
Filem anime | |
Permainan video | |
|
Kimetsu no Yaiba (Jepun: 鬼滅の刃 , Hepburn: Kimetsu no Yaiba, lit. Pedang Pembunuh Iblis, tajuk antarabangsa dalam bahasa Inggeris: Demon Slayer ) merupakan sebuah siri manga Jepun oleh Koyoharu Gotouge. Ia berkisarkan seorang remaja bernama Tanjiro Kamado, yang berusaha untuk menjadi pemburu iblis setelah keluarganya dibunuh dengan kejam oleh iblis dan iblis terbabit telah menukar adiknya Nezuko Kamado berubah menjadi oni. Ia diterbitkan secara bersiri dalam majalah manga shōnen Shueisha, Shōnen Jump Mingguan dari Februari 2016 hingga Mei 2020, dengan babnya dikumpulkan dalam dua puluh tiga jilid "tankōbon". Ia telah diterbitkan dalam bahasa Inggeris oleh Viz Media dan diterbitkan bersama oleh Shueisha di platform Manga Plus mereka.
Adaptasi siri televisyen anime 26 episod yang dihasilkan oleh Ufotable ditayangkan di Jepun dari April hingga September 2019. Sebuah filem sekuel, Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba the Movie: Mugen Train, telah dikeluarkan pada Oktober 2020 di Jepun dan 5 Mac 2021 di Malaysia dan menjadi filem anime dan filem Jepun terlaris sepanjang masa. Sebuah musim kedua dari siri anime, menyusun semula arka "Mugen Train" yang dilihat dalam filem dan merangkumi arka "Entertainment District" dari manga, ditayangkan secara perdana pada Oktober 2021.
Setakat Februari 2021, manga ini mempunyai lebih dari 150 juta salinan dalam peredaran, termasuk versi digital, menjadikannya siri manga yang kesembilan terlaris sepanjang masa. Siri anime telah mendapat pujian kritis, dengan pengkritik memuji animasi dan urutan pertarungan. Ia telah menerima banyak anugerah dan dianggap sebagai salah satu anime terbaik pada tahun 2010-an. Setakat Disember 2020[kemas kini], francais Demon Slayer dianggarkan telah menghasilkan jumlah penjualan sekurang-kurangnya ¥1 trilion (US$8,75 bilion) di Jepun dan menjadi salah satu daripada francais media dengan pendapatan tertinggi sepanjang masa.