Kisah Kaisara | |
---|---|
Genre | Drama remaja |
Pencipta | Aziz M. Osman |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Nyon Othman |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 3 |
Bilangan episod | 39 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Nor Aliah Lee |
Penerbit | Aziz M. Osman |
Penyunting |
|
Lokasi | Malaysia |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 19–20 minit |
Syarikat penerbitan | Ace Motion Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | |
Format gambar | 480i (SDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 30 Oktober 2007 | – 23 September 2009
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Kisah Kaisara ialah sebuah siri drama remaja Malaysia 2007 terbitan Aziz M. Osman,[1][2] dibintangi oleh Sari Yanti, Nabila Nasir, Farid Irwan Baharin, Elliza Razak, Wan Sharmila, Aeril Zafrel, Faralyna Idris dan Faizul Hafiz. Premis cerita ini berkisarkan tentang pelajar perempuan sekolah menengah bernama Kaisara, yang belajar di SMK Yaacob Latif, Kuala Lumpur.[3] Siri ini memulakan tayangan perdana dari 30 Oktober 2007 dan tamat pada 23 September 2009 di TV3 dan TV9 sebanyak 3 musim dan 39 episod.
Sewaktu disiarkan, siri ini telah disenaraikan sebagai antara 5 teratas rancangan TV Malaysia yang paling ditonton pada 2007 dengan jumlah 3.5 juta penonton[4] dan meraih jumlah pengikut yang terbesar, terutama di kalangan gadis remaja.[5][6] Siri ini ditaja oleh Kotex. Sebuah webisod berdasarkan daripada siri ini dilancrkan pada Julai 2010 dengan berdurasi selama 15 minit setiap episod.[7] Ia juga boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[8][9][10]