Kitaran Rankine merupakan sebuah model matematik yang digunakan untuk meramal prestasi enjin stim. Kitaran Rankine merupakan kitaran termodinamik unggul bagi sebuah enjin haba yang menukar haba kepada kerja mekanikal. Haba yang dibekalkan dari luar ke dalam gelung tertutup, yang lazimnya menggunakan air sebagai bendalir kerja. Kitaran Rankine, dalam bentuk enjin stim menjana lebih kurang 90% semua kuasa elektrik yang digunakan di seluruh dunia,[1] termasuk terma suria, biojisim, arang batu dan nuklear. Model ini dinamakan sempena William John Macquorn Rankine, seorang profesor Universiti Glasgow.