Ko Chung Sen ADN; BAO; FRCS | |
---|---|
许崇信 | |
Ahli Dewan Negeri Perak untuk Kepayang | |
Dalam jawatan 3 Julai 2018 – 17 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Nga Kor Ming (DAP–PH) |
Digantikan oleh | Nga Kor Ming |
Majoriti | 9,495 (2018) |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kampar, Perak | |
Dalam jawatan 8 Mac 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Lee Chee Leong (MCA–BN) |
Digantikan oleh | Su Keong Siong (DAP–PH) |
Majoriti | 5,400 (2013) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Ko Chung Sen 19 Jun 1968 Kuala Lumpur, Malaysia |
Parti politik | Parti Tindakan Rakyat (DAP) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
Tempat belajar | Trinity College |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Pakar bedah |
Nama Bahasa Cina | |
Tulisan Cina Ringkas | 许崇信 |
Tulisan Cina Tradisional | 許崇信 |
Hanyu Pinyin | Xǔ Chéngxìn |
POJ Bahasa Hokkien | Khó͘ Chôngsìn |
Dr. Ko Chung Sen (lahir 19 Jun 1968) ialah pakar bedah dan ahli politik Malaysia.[1] Kini beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Perak untuk Kepayang. Beliau adalah ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk pembangkang, komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH). Sebagai pakar bedah, beliau menerima BAO cum laude dari Trinity College di Dublin. Beliau menjadi felo di Royal College of Surgeons di Ireland pada 1999.
Ko kembali ke Malaysia untuk bekerja sebagai Perunding Bedah Kardiotorasik di Hospital Besar Pulau Pinang pada tahun 2001 dan bekerja di sana sehingga 2004. Beliau kemudian berpindah ke Ipoh untuk bekerja di Hospital Pakar KPJ dan telah berada di sana sejak itu.[2]
Beliau terpilih menjadi ahli parlimen untuk kawasan Kampar pada pilihan raya 2013. Sebagai calon DAP, beliau mengalahkan penyandangnya dari Persatuan Cina Malaysia (MCA) Lee Chee Leong.[3] Pada pilihan raya 2018, beliau dipilih sebagai calon kerusi DUN Perak Kepayang dan memenanginya untuk menjadi ADUN.