Kolej Melayu Kuala Kangsar

Kolej Melayu Kuala Kangsar
Location
Map
Jalan Tun Abdul Razak
,
Kuala Kangsar
, ,
33000

Information
School typeSekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster, Sekolah Menengah
MottoFiat Sapienta Virtus
(Kebijaksanaan Mutu Manusia.)
Established2 Januari 1905
FounderSultan Idris (Perak)

Sultan Sulaiman (Selangor) Sultan Ahmad (Pahang)

Yang di-Pertuan Besar Mohd Shah (Negeri Sembilan)
School number605-7761400
School codeAEB4074
Pengerusi PIBGAhmad Faisal bin Fauzi
PrincipalAimin Fadhlee bin Mahmud Zuhodi
GPK Pentadbiran dan AkademikKhainuri bin Hanafiah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridFidzamil bin Basarudin
Penolong Kanan KokurikulumNoor Ramdhan bin Ramli
Websitemckk.edu.my
Paparan amaran: Page using Template:Infobox school with unknown parameter "fax"

Kolej Melayu Kuala Kangsar (Inggeris: The Malay College Kuala Kangsar, juga diringkaskan kepada Malay College atau MCKK) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier dimasukkan lelaki Melayu di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Ia juga disebut sebagai “Kolej Eton Timur” atau "Eton of the East". Sekolah ini diiktiraf sebagai sekolah terunggul di negara Malaysia.

Kolej Melayu Kuala Kangsar telah dianugerahkan anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sejak 2010, sekolah ini telah dianugerahkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, iaitu anugerah yang diberikan kepada sekolah Malaysia yang cemerlang. Sekolah ini telah dipilih sebagai International Baccalaureate (IB) World School sejak 2011 dan Middle Years Programme. Kolej Melayu Kuala Kangsar menawarkan kurikulum nasional (SPM) sambil melaksanakan standard kurikulum IB. MCKK juga merupakan ahli organisasi antarabangsa sekolah menengah terbaik dalam dunia yang diketuai oleh Raffles Institution of Singapore. Kira-kira 10% pelajar sekarang adalah dengan biasiswa awam & swasta seperti Bank Negara Malaysia, Telekom Malaysia, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan lain-lain.

Sekolah ini merupakan salah satu sekolah daripada dua Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia yang dibawah naungan raja-raja Melayu.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne