Kolkata
কলকাতা (Benggali) | |
---|---|
Ibu negeri dan bandar metropolitan | |
Negara | India |
Negeri | Bengal Barat |
Daerah | Daerah Kolkata |
Pentadbiran | |
• Datuk Bandar | Bikash Ranjan Bhattacharya |
Aras | 9 m (30 ft) |
Penduduk (2001) | |
• Ibu negeri dan bandar metropolitan | 4,580,544 |
• Metro | 14,681,589 |
Laman sesawang | www.kolkatamycity.com |
Kolkata (Bahasa Benggali: কলকাতা, Bahasa Nepal: कोलकाता IPA: ['kolkat̪a], dahulunya Calcutta (bantuan·maklumat)) ialah ibu negeri Bengal Barat yang terletak di tebing timur Sungai Hooghly di India timur. Dengan bilangan penduduk bandar raya sebanyak hampir lima juta, dan bilangan penduduk metropolitan melebihi 14 juta, Kolkata ialah aglomerasi bandar yang ketiga terbesar dan bandar raya yang keempat terbesar di India.
Kolkata bertindak sebagai ibu negara India semasa Raj British sehingga 1911. Kolkata merupakan pusat pendidikan, sains, kebudayaan, dan politik moden pada satu ketika, tetapi Kolkata mengalami kebekuan ekonomi pada tahun-tahun yang menyusul kemerdekaan India pada tahun 1947. Bagaimanapun sejak tahun 2000, pembalikmudaan ekonomi telah menyekat kemerosotan yang mengerikan ini, dan telah menyebabkan peningkatan dalam pertumbuhan bandar raya Kolkata. Serupa dengan bandar raya besar yang lain, Kolkata terus menempuh masalah-masalah perbandaran seperti kemiskinan, pencemaran, dan kesesakan lalu lintas. Sebuah bandar raya yang bersemangat dan bertenaga dengan budaya sosial dan politik tersendiri, Kolkata dikenali untuk sejarah revolusinya, dari perjuangan kemerdekaan India hingga ke gerakan-gerakan puak kiri dan kesatuan sekerja. Dirujuk sebagai "Ibu Kota Kebudayaan India", "Bandaraya Perarakan", dan "Bandaraya Kegembiraan", Kolkata merupakan tempat asal kepada tokoh-tokoh seperti Rabindranath Tagore, Subhas Chandra Bose, Ibu Teresa, Satyajit Ray, dan Satyendranath Bose.