Komputer pelayan, komputer pengkhidmat[1] atau pelayan pengurusan atau peladen adalah satu sistem komputer yang menyediakan perkhidmatan menguruskan perkongsian fail penting merentasi satu rangkaian, untuk pengguna-pengguna persendirian yang setempat dalam sebuah organisasi besar atau untuk pengguna-pengguna awam dalam internet.[1]
Banyak pelayan telah berfungsi seperti pelayan web, pelayan percetakan, dan pelayan pangkalan data.
Pelayan perusahaan umumnya adalah sangat tahan lasak, jika berlaku kerosakan kecil boleh mengakibatkan kos lebih tinggi membeli dan memasang sistem itu dan boleh menyebabkan kerugian.