Konfederasi Gaya 가야 (加倻) | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
42–562 | |||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Gaya | ||||||||||
Agama | Agama Buddha, Kepawangan | ||||||||||
Kerajaan | Monarki | ||||||||||
• 42–199 | Suro (pertama, Geumgwan) | ||||||||||
• ?-562 | Doseolji (terakhir, Dae) | ||||||||||
Era Sejarah | Purba | ||||||||||
• Pengasasan | 42 | ||||||||||
• Penyerahan kepada Silla | 562 | ||||||||||
| |||||||||||
Sekarang sebahagian dari | Korea Selatan |
Konfederasi Gaya | |
---|---|
Nama Korea | |
Hangul | 가야 |
Hanja | 加耶 atau 伽倻 |
Perumian Semakan | Gaya |
McCune–Reischauer | Kaya |
Gaya (Hangul: 가야 ; Hanja: 加倻 ; RR: Gaya, sebutan bahasa Korea: [ka.ja]; Jawi: كاي ) ialah gabungan wilayah-wilayah tatanegara Korea di lembah Sungai Nakdong di selatan Korea,[1] berkembang daripada konfederasi Byeonhan pada zaman Samhan.
Zaman tradisional yang digunakan oleh sejarawan untuk kronologi Gaya adalah 42–532 Masihi. Menurut bukti arkeologi pada abad ketiga dan keempat, beberapa buah kota-kota Byeonhan berkembang menjadi konfederasi Gaya, yang kemudian diilhak oleh Silla, salah satu daripada Tiga Kerajaan Korea. Tatanegara individu yang membentuk konfederasi Gaya telah dicirikan sebagai negara kota kecil.[2] Bahan tinggalan budaya Gaya terutamanya terdiri daripada pengebumian dan kandungan barang-barang jenazah yang telah digali oleh ahli arkeologi. Ahli arkeologi menafsirkan bahawa tanah perkuburan yang dibina pada akhir abad ketiga dan awal abad keempat seperti Daeseong-dong di Gimhae dan Bokcheon-dong di Busan sebagai tanah perkuburan diraja Gaya.[3]