Konsert jelajah (atau ringkasnya jelajah) ialah satu siri konsert oleh seniman atau kumpulan seniman di bandar, negara atau lokasi yang berbeza. Selalunya, konsert jelajah dinamakan untuk membezakan jelajahan berbeza oleh seniman yang sama dan untuk mengaitkan jelajah tertentu dengan album atau produk tertentu. Terutamanya dalam dunia muzik popular, jelajahan sedemikian boleh menjadi perusahaan berskala besar yang berlangsung selama beberapa bulan atau bahkan tahun, dilihat oleh ratusan ribu atau berjuta-juta orang, dan membawa masuk berjuta-juta dolar dalam pendapatan tiket. Seorang penghibur yang memulakan jelajah konsert dipanggil seniman jelajah.[1][2]